Sunday, December 27, 2009

Melakukan sepatutnya

Sebagai seorang manusia yang lahir ke muka bumi ini hendaklah berterima kasih kepada Tuhan yang menciptanya.

Allah s.w.t. telah menciptakan manusia dengan memberi segala-galanya kemewahan, nikmat, rasa, sihat, makan minum dan sebagainya.

Sebagai tanda terima kasih atau syukur maka sepatutnya manusia melakukan sembahyang kepada Allah s.w.t.

Untuk melakukan sembahyang kepada Allah s.w.t. hendaklah melakukan seperti yang Allah s.w.t. suruh lakukan. Tidak boleh reka sendiri.

Cara sembahyang yang betul adalah seperti yang Nabi Muhammad s.a.w. tunjukkan iaitu dimulai dengan berwuduk dan sembahyang. Cara-cara sembahyang boleh didapati di hujung jari dengan melayari internet.

Manusia yang berterima kasih atau bersyukur akan akan mendapat nikmat yang berpanjangan seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud: sesiapa yang bersyukur Allah s.w.t. tambah lagi dan sesiapa yang tidak bersyukur iaitu kufur maka mereka adan diazab dengan azab yang sangat pedih.

Allah s.w.t. berfirman bahawa sedikit sangat orang yang mahu bersyukur.

Oleh itu marilah kita bersyukur dengan mendirikan sembahyang menyembah Allah s.w.t. sekurang-kurangnya 5 kali sehari di masjid secara berjamaah. Itulah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.w.t.

No comments:

Post a Comment