Wednesday, December 30, 2009

Menghampiri Zina

Hari ini di mana-mana sahaja wujud suasana zina iaitu pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram. Sehingga melibatkan orang yang sering melakukan amar makruf dan nahi mungkar juga tidak terlepasa dariapda bergaul bebas. Apa tidaknya mengenai penjagaan aurat tidak dipatuhi. Wanita yang muslimah tidak segan silu bermesra dengan lelaki asing dengan bergaul mesra yang tidak ada alasan kukuh atau alasan yang syari'i berbuat begitu.

Dalam kesempatan ini marilah kita sama-sama beristighfar dan berdoa agar tidak terlibat dalam pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram. Sebenarnya pergaulan bebas memang dilarang dalam agama Islam. Pergaulan bebas itu bukan sama seperti zina. Zina ialah perlakuan persetubuhan haram. Menghampiri zina itu ialah bergaul bebas dan bermesra antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram yang tidak ada alasan kukuh mereka bercampur gaul. Jika urusan jual beli atau urusan ilmu adalah diharuskan itupun jika dilakukan di sebalik tabir. Jika tidak ada tabir maka itu hukumnya haram. Tetapi kebanyakannya orang tak kesah.

Kalau kita perhatikan di tanam rekreasi ramai daripada kalangan muda mudi berjoging dan selepas berjoging terus bercanda. Kalau ditegur terus melenting. Pasangan lelaki biasanya apabila ditegur terus melarikan diri tetapi pasangan wanita ini biasanya mengeluarkan kata-kata kesat kepada yang menegur.

Ada kes terjadi satu pasang yang bercinta hampir melalukan hubungan jenis maka berlalulah seorang cikgu kat situ terus marah perbuatan mereka itu. Lelaki itu terus melarikan diri ketakutan dan pasangan wanita pula mencarut-carut kepada cikgu tu. Kesian cikgu tu nak tolong supaya tidak tercemar wantia itu tetapi mendapat maki hamun daripada wanita itu.

No comments:

Post a Comment